Tuesday, October 7, 2008

Puasa dan Solat!!! mana lagi penting yek???





Apa kaitan gambar duit-duit kat atas nie dengan apa yang ana ingin kaitkan..??? kalau la kita jalan-jalan suatu hari tetiba ada lak orang yang bukan Islam tanya kat kita mana lagi penting antara puasa dan solat apa kita nak jawab dulu yek..puasa ke solat??? pening gak ana memikirkan selama nie...tapi Allah tu maha berkuasa, dia yang maha memiliki segalanya telah benarkan ana untuk menemui jawapan yang mungkin memeningkan kepala ana yang hina selama ini...

Baru-baru nie semasa malam raya yang lalu, ana mengikuti family ana ke rumah nenek sedara ana kat kajang...terbayang lak duit raya masa tu...tapi bukan pasal duit raya yang ana nak terangkan kat sini tp ana sebenarnya nak jelaskan mana lagi penting antara puasa dan solat.. tapi apa kaitan dengan duit kan...okeyla citer dia macam nie, tengah dalam perjalanan tu mak ana mula bercerita mengenai ana jirannya yang akan diupah jika dia berpuasa...cuba teka berapa agaknya upah yang dia dapat kalau berpuasa..agak-agak sehari dia dapat berapa ringgit yek? seringgit, dua ringgit atau lebih lagi..mula-mula ana jangkakan dapatla si anak tu dalam seringgit sehari dan kalau sebulan dapatla dalam rm30..banyak tu!!! tapi rupa-rupanya andaian ana meleset..si anak tu dapat sebanyak rm 5 ringgit sehari, kalau sebulan rm 150..wow banyak tu...

Sebenarnya apa yang ana nak terangkan kat sini adalah tentang mana lagi penting antara puasa dan solat..ana pun bertanya kepada bapa ana...sebenarnya apa yang bapa ana terangkan cukup-cukup membuka minda ana..bapa ana menerangkan sebenarnya itu la kesilapan yang sering manusia seperti kita nie lakukan...kenapa bila masa nak puasa je kita upah anak kita untuk berpuasa dan kenapa untuk solat tak pernah pun kita nak upah anak kita kalau anak kita dapat laksanakan..mungkin timbul pulak persoalan, banyak la duit yang terpaksa nak dikeluarkan untuk upah anak kita sebab solat tiap-tiap hari dan selama-lamanya tetapi puasa cuma sebulan dalam setahun..mungkin persoalan yang macam nie membuatkan ramai ibu bapa tak beri upah kat anak dia kalau solat...sebenarnya kita lupa, ramai pengkaji melihat jika sesuatu amalan itu kalau dikerjakan dalam 40 hari atau berulang-ulang tanpa meninggalkannya ia akan jadi tabiat @ habit..mungkin ini cara terbaik kita untuk mendidik ana kita solat...untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua ana ingin berkongsi pengalaman ana yang sering mengikuti program-program sure solat di sekolah di serta Malaysia..dalam kajian kami hanya 10% daripada pelajar yang hanya cukup solat yang lain tidak cukup solat..

Sebenarnya mana lagi penting antara puasa dan solat nie, baikla ana nak tanya kat pembaca-pembaca semua, antara perintah Allah iaitu puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan solat yang terkandung dalam rukun Islam yang enam selain mengucap syahadah..wahyu-wahyu untuk perintah nie turun kat mana yek..baikla ana pergi satu persatu, mengucap di bumi, puasa di bumi, zakat di bumi, haji di bumi tapi persoalannya solat wahyunya turun kat mana yek??? mungkin pembaca sekali mengetahui apa yang terkandung dalam peristiwa Isyrak dan Mikraj..di mana nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telah dijemput oleh Allah untuk menerima satu amanah yang paling besar iaitu solat...sebelum Nabi menerima perintah itu hati nabi telah dicuci oleh malaikat Jibrail sebanyak tujuh kali...lihat la betapa beratnya amanah yang perlu dipikul oleh umat Nabi Muhammad ini dan berapa pentingnya ia...

Sebenarnya apa yang ana nak sampaikan kat post ini bukanlah ana hendak menafikan kepentingan puasa atau perintah-perintah Allah yang lain...tapi pernah tak kita terpikir bahawa solat yang sempurna dapat mencegah kita dari melakukan perkara yang mungkar sekaligus ana menyebabkan perkara-perkara yang baik akan mudah kita buat..apa yang ana nak jelaskan kat sini bila kita dah jaga solat ibadat-ibadat lain pasti akan menyusul kemudian dan pasti akan dilakukan...jadi ibu bapa tak payah nak risau tentang setiap kali tibanya ramadhan...tapi ingat ,masih ramai anak-anak kita yang berpuasa tapi tidak solat..rasa-rasanya apa la agaknya nilai puasa tu yek...insyaallah sama-sama la kita baiki kesilapan dalam mendidik, jadikan Islam sebagai panduan..

p/s: sebelum nak upah anak kita kalau dia solat atau puasa ingatkan mereka bahawa ini adalah perintah Allah dan upah yang diberi hanya sebagai ganjaran kepada mereka dan ingatkan kepada mereka bahawa ganjaran Allah adalah segala-galanya...

No comments: