Friday, October 31, 2008

Mak, saya sayang mak! Ini tiket mak ke NERAKA!!!


Dalam kehidupan kita sehari-hari, pernah tak kita terfikir bahawa apa yang kita lakukan setiap ketika pasti ada kaitannya antara satu sama lain..ibarat jika si perokok yang merokok, kaitannya adalah dia akan menyebabkan kesihatannya bermasalah..contoh lain, seorang pelajar yang malas belajar pasti kaitan dengan kehidupannya dia akan gagal..banyak lagi perkara-perkara yang sering berkaitan dalam kehidupan kita sehari-hari…mungkin ini juga boleh dijelaskan sebagai kesan dan akibat…tapi apa kaitan tajuk yang ana ingin sampaikan dengan apa yang ana ingin kongsikan di sini…?????


SOLAT…….apa kaitannya dengan coretan ana di sini yek…baiklah ana akan perjelaskan dahulu tentang SOLAT..mengapa yek kita mesti SOLAT???…pertama, SOLAT itu adalah tiang agama..jika kita tidak SOLAT adakah kita sanggup untuk meruntuhkan agama kita yang mulia yakni Islam…kedua, SOLAT adalah pintu rahmat dan kasih sayang Allah, jadi janganlah kita melepaskan peluang yang begitu berharga ini..maka rebutlah CINTA hakiki dari Allah…ketiga, SOLAT adalah amalan pertama yang akan dihitung dihari hisab dan mahukah kita sekiranya segala amal kebajikan kita ditolak kerana kecuaian kita di dalam menunaikan SOLAT..seterusnya, SOLAT akan mempermudahkan rezeki maka pohonlah kepada Allah dengan menunaikan solat nescaya kebahagiaan dunia dan akhirat pasti menjelma..bagi pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswa sekalian dengan berSOLAT ia akan dapat membentuk diri kita menjadi manusia yang cemerlang. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat..sebelum ana pergi lebih lanjut, mengenai SOLAT ini ana cukup tertarik dengan kata-kata tok guru ana yang mana beliau pernah mengigatkan ana…beliau berkata jika kita hendak menjadi kaya ataupun cemerlang kita janganlah mencari kekayaan atau kecemerlangan itu…dan ini benar-benar membuat ana terfikir apakah yang sebenarnya harus kita cari jika kita mahu menjdi kaya ataupun cemerlang..beliau menjelaskan bahawa jika kita mahu menjadi kaya atau cemerlang kita seharusnya mencari siapa pemilik mutlak kekayaan dan kecemerlangan itu…siapa sebenarnya yang akan memberi kita kekayaan dan kecemerlangan...dan inilah yang membuatkan kita akan kembali kepadaNya yang memiliki langit dan bumi iaitu Allah..Tuhan sekelian alam…


Solat…apa sebenarnya hukuman yang bakal kita terima pada hari perhitungan kelak..yang mana adalah hari sebenar-benarnya pengadilan…hukuman apakah yang bakal kita terima jika kita meninggalkan solat??? Terdapat empat jenis azab yang akan kita terima jika kita meninggalkan solat…yang pertama, AZAB ketika KEHIDUPAN DIDUNIA yang mana Allah akan kurangkan keberkatan umur yang akan menjadikan hidup kita sia-sia, Allah akan Hilangkan cahaya soleh dari wajah, segala amal kebajikan yang dilakukan tidak diterima Allah, doa akan tertolak, Allah mempersempitkan rezeki dan kehidupan kita dan tiada tempat bagi kita disisi Agama Islam….kedua adalah SEKSAAN KETIKA hendak MATI yang mana mati kita dalam keadaan hina, mati kita dalam keadaan lapar dan juga mati kita dalam keadaan dahaga, sehinggakan diberi minum selautan takkan hilang hausnya. Seterusnya adalah SEKSAAN ketika di alam KUBUR. Kubur akan menghimpitnya sehingga tulang rusuk bersilang antara satu sama lain, api akan dinyalakan di dalam kubur dan kita akan dibolak balikkan di atas bara api siang dan malam dan juga akan ditemani seekor ular besar (Ashsyuja’ul aqra’) yang bukan menjadi teman tetapi akan menyeksa kita di dalam kubur yang gelita…yang terakhir SEKSAAN ketika HARI KIAMAT yang mana hisabnya amatlah berat, ia dimurkai ALLAH dan yang paling menakutkan akan dimasukkan ke dalam NERAKA yang begitu panas...inilah seksaan-seksaan jika kita meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran atau musibah…dan inilah kaitannya dengan kehidupan kita yang sering berkait akibat kita meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran atau musibah…


Tetapi…….sebenarnya, pernah tak kita terpikir….bahawa dalam kita sedar ataupun tidak sedar bahawa seksaan ini bukan sahaja terkait kepada diri kita dan seksaan ini bukan hanya akan ditanggung oleh diri kita sendiri….siapa lagi yek akan turut menerima dan juga akan menanggung seksaan-seksaan yang akan kita hadapi ini jika kita meninggalkan solat…pernah tak kita terpikir perkara ini?????…mak saya sayang mak,abah saya sayang abah….nah tiket mak dan abah ke neraka…dalam sehari-hari kita ungkapkan perkatan kasih dan saying kita kepada kedua ibu bapa kita sebenarnya kita lupa semua itu hanyalah mainan dibibir sahaja kerana sebenarnya kita telah menghadiahkan kepada ibu dan ayah kita sebuah hadiah dari seorang anak yang betul-betul tidak berguna iaitu neraka..dan hadiah neraka ini kita hadiahkan kepada ibu dan ayah yang begitu banyak telah berkorban kepada kita….jasa-jasa yang mereka berikan kepada kita dan mereka telah menjadi tuan-tuan kepada kita dengan bekerja siang dan malam untuk memberi kita duit, pakaian, tempat tinggal dan makan minum telah kita balas dengan menjemput mereka bersama-sama kita ke neraka…itu lah anak yang betul-betul cukup tidak berguna…penat lelah ibu bapa kita kita balas dengan dengan membawa bersama-sama mereka ke neraka.. sebenarnya dengan meninggalkan solat ibu dan ayah kita juga akan turut sama menerima seksaan neraka akibat dari perbuatan kita yang meninggalkan solat itu…kasihan ibu dan ayah kita yang mungkin amalan mereka cukup sempurna tetapi kerana anaknya yang tidak solat mereka juga turut sama dihumban ke neraka dan turut sama menerima saham yang menyebabkan diseksa..amat malanglah ibu bapa yang memiliki anak-anak yang meninggalkan solat…jangan ingat dengan meninggalkan solat azab itu akan ditanggung oleh kita sahaja..ia juga akan ditanggung oleh kedua ibu bapa kita…


Maka, marilah sama-sama kita merenung sejenak…adakah kita menjaga solat??? Maka lakukanlah perubahan demi kasih dan sayangnya kita kepada ibu dan ayah kita yang bersusah payah dari melahirkan sehinggalah untuk membesarkan kita..janganlah kita balas jasa-jasa mereka dengan membawa mereka bersama-sama ke neraka akibat kita meningggalkan solat..maka bermula saat ini marilah kita berazam untuk sama-sama tidak meninggalkan SOLAT.. fikir-fikirkanlah………….

1 comment:

affanazami said...

solat itu sememangnya dituntut agama syafiq. harapnye entri bukan sekadar untuk pembaca, tp sebagai peringatan utk penulis juge. insy Allah.

p/s- ko tau ape maksud name aku?
-Pendaki Tiang Agama-