Monday, August 11, 2008

nape pensil ku ini tak de mata?????????






memang hebat manusia mencipta semua ini tetapi apalah ertinya kehebatan seorang manusia jika Allah tak dihebatkan....namun jangan kita lupa segala apa yang kita ada sekarang hanya pinjaman semata-mata dariNya...janganlah kita bongkak dengan apa yang dimilikki.....

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak di Rogol & Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Wednesday, August 6, 2008

Mak!! saya benci mak!!!!!!!!!



Mak!! saya benci mak!!!!!itulah kata-kata yang terhembur dari salah seorang peserta program team ana iaitu team bina insan yang diadakan di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Pelajar itu menyatakan bahawa beliau begitu benci terhadap emaknya….bila di tanya mengapa dia begitu membenci emaknya, beliau menjawab bahawa mak nya sering memarahinya dan tidak habis-habis dengan kerjanya. “kerja-kerja itu je lah yang mak lakukan dan bila pulang ke rumah mak tak habis-habis nak marah saya, itulah tak kena inilah tak kena……bencinya saya, nak lepak-lepak dengan kawan pun tak boleh”, itulah luahan hati beliau dengan nada yang agak keras…..namun sebelum kita pergi jauh dengan kisah ini marilah kita berfikir sejenak berapa ribu harta emak kita telah kita habiskan….mari kita perhitungkan….

  • Belanja sekolah: rm 5 sehari × 30 hari sebulan × 12 bulan setahun × umur kita (kira-kira 20 tahun) = rm 36000

  • Duit makan kita sehari: rm 10 sehari × 30 hari sebulan × 12 bulan × umur kita (kira-kira 20 tahun) = rm 79200

  • Duit baju raya kita setiap tahun: sepasang rm 70 × 2 pasang setahun × umur kita (kira-kira 20 tahun) = rm2800

  • Duit pampers kita: sebulan rm 70 × 12 bulan × 5 tahun = rm 4200

  • Duit susu kita: sebulan rm 50 × 12 bulan × 3 tahun=rm 1800

  • Yuran sekolah kita: setahun rm 100 × 11 tahun = rm 1100

  • Keseluruhan = rm 125, 100.00

Persoalannya disini…mak ayah kita penat bekerja siang dan malam sebenarnya untuk siapa?????dengan jumlah sebanyak itu mak dan ayah kita sudah mampu untuk membeli sebiji kereta tetapi duit itu digunakan untuk siapa?????bagaimana pula dengan perbelanjaan adik beradik kita yang lain……mak ayah kita sudah pasti boleh menjadi jutawan tanpa kita…..ana juga ingin bertanya di sini SIAPA SEBENARNYA BOS DAN SIAPA SEBENARNYA KULI….kita bos atau kita kuli, mak ayah kita bos atau mak ayah kita kuli kepada kita….jawapan yang sebenarnya kita telah mengkulikan mak dan ayah kita….mak ayah kuli kepada kita….mak ayah kita dimaki dan diherdik di tempat kerjanya…. namun apa yang telah kita berikan kepada mak dan ayah kita adakah kita memberikan mereka wang pada setiap bulan?????mampukah kita…..namun, itu bukan apa yang mereka mahukan daripada kita, mereka hanya mahu melihat kejayaan daripada kita, tetapi adakah kita telah berikan kejayaan kepada mereka????? Adakah kita mendapat keseluruhan A dalam UPSR kita, PMR kita dan bagaimana pula dengan SPM kita??????adakah kita menjejakan kaki kita ke menara gading…..adakah kita telah berikan ini semua pada mereka……mampukahkita???????

Ana juga ingin pergi pada persoalan seterusnya…….persoalannya adalah berkisar tentang hadiah……apakah hadiah yang terbaik yang pernah kita berikan kepada ibu kita, biarlah ana menggunakan istilah ibu di sini untuk mengambarkan tentang kelembutannya sang ibu itu….ada yang menyatakan pernah memberikan ibunya tudung, ada yang menyatakan pernah memberikan ibunya jam tangan, jubah, pinggan mangkuk dan lain-lain….namun, pada hakikatnya adakah hadiah itu mencukupi???? dan ana juga ingin bertanya bila kita sering berikan hadiah ini pada ibu kita???pada hari lahirnya kah???namun, apakah kita benar-benar mengingati hari lahirnya tanpa bantuan reminder dalam henset kita?????? Mari kita ubah pula persoalan di sini…ana ingin bertanya tentang apakah hadiah yang terbaik yang pernah ibu kita berikan pada kita…ada yang menjawab PS2, jam tangan, baju, motor, dan ada juga yang dapat hadiah berbentuk sebuah percutian….namun, ada juga dengan nada sedihnya menjawab sepanjang hidup mereka dia tidak pernah mendapat apa-apa hadiah dari ibunya…..namunnnnnnnnnn……persoalan di sini kita sebenarnya telah lupa bahawa hadiah yang terbaik yang pernah ibu kita berikan pada kita, hadiah yang tiada nilainya iaitu hadiah sebuah KELAHIRAN….bagaimana pengorbanan ibu kita bertarung nyawa untuk melahirkan kita……pernahkan kita mengucapkan terima kasih atas kelahiran yang ibu kita telah berikan pada kita ini…….fikir-fikirkan la…..dan lihatlah video di bawah untuk memahami betapa besarnya pengorbanan ibu kita untuk melahirkan kita…….wassalam…..

mak saya cintakan mak!!!!!!!!!!!!


video

Monday, August 4, 2008

Amaran Buatmu Nissa'

AMARAN BUATMU NISSA', Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia, Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka, sembilan nafsumu sentiasa bersama, dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa.. NISSA, Tutuplah auratmu sepanjang masa, Tiada indahnya pandangan di mata, Kecuali pada nafsu yang membara, Pakaian mu hendaklah sempurna, Tidak nipis dan mencolok mata, Bebas najis suci sentiasa, Azab kubur neraka selamat selamanya, Hasanah akhirnya kau kecapi jua, NISSA, Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa, Dirimu ditatang dan dimanja, Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka, Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa, Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya, Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia, Mengharapkan belasmu didunia, agar mereka terlepas azab yang menyeksa