Friday, October 10, 2008

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

" Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki


Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam

6 comments:

affanazami said...

macam mane.. no ni,

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


leh naik syahwat lelaki?

asasLP said...

lelaki nie, apa saje perempuan buat semua boleh meransangkan lelaki..sebb tu Islam suruh jaga semua tu...

affanazami said...

menaikkan syahwat ko je kan syapiq? tralalallaa

asasLP said...

tak tau la bagi aku ye kut, tak tau la bagi org lain yang bernama lelaki...ada pehe

encik KeCiL said...

30 kali sehari...
210 kali seminggu...
900 kali sebulan...
10800 kali setahun...

saya la lelaki...

-umie_iman- said...

Salam. Saya sebagai seorang wanita secara terus terang berkata saya memang terasa malu apabila saudara seorang lelaki berkata demikinan mengenai kami, sebagai seorang wanita.

Saya bersetuju dengan penulisan tuan di atas kerana pada pandangan saya sendiri, wanita Muslim (saya tidak gunakan perkataan Islam di sini) seakan-akan sudah lupa pada batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam dalam cara berpakaian. Jikalau ada yang bertudung pun, itu adalah disebabkan 'trend' sekarang wanita bertudung. Mengapakah bertudung itu dianggap satu 'trend' walhal penutupan aurat bagi seorang perempuan terhadap lelaki yang bukan muhrim/mahramnya adalah wajib?

Yang bertudung pula, dengan bermacam-macam gayanya sekarang saya lihat seperti apa yang saudara jelaskan. Mendedahkan 'barang-barang perhiasan' wanita yang sepatutnya hanya boleh ditatap oleh seorang lelaki yang bernama SUAMI.. Kesian pada bakal suami kerana bakal isterinya sudah dilihat orang tubuhnya. Sudah tahu bentuknya, rupanya bagaimana...Agak menjelikkan bagi saya.

Saya pernah membaca dalam satu artikel mengenai pemakaian Islam. Wanita yang hendak memakai kasut tinggi itu boleh, tetapi tumitnya mesti dilapis dengan tapak getah yang lembut supaya tidak berbunyi.

Namun, apa yang saya boleh katakan di sini, kalau kita hendak berdebat mengenai hal ini memang tidak akan dapat habis. Belum lagi masuk kepada yang kesongsangan akidah, pahala-dosa dan pelbagai lagi. Namun, mungkin saya boleh komen di kemudian hari dalam blog saudara jika saudara mengupas akan topik itu.

Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan kembali.

Assalamualaikum