Wednesday, April 15, 2009

Hebatnya Islam nie...Alhamdulillah


Alhamdulillah...mungkin itu suara yang pasti akan terkeluar dari tekak-tekak mereka-mereka yang merasakan hebatnya Islam ini..bagaimana sang kafir yang tidak mengenali Islam tetarik dengan kehebatan Islam..ada nur dalam Islam..mungkin sebagai hamba yang tidak suci dari kebaikan dan sering bernaung di bawah lembah kedosaan apalah ertinya utk kita menyatakan tentang kehebatan Islam..Islam tetap hebat walaupun tanpa kita yang hina ini untuk membantu memperhebatkannya...

Alhamdulillah..mungkin satu ucapan syukur kehadrat Allah..namun, apa yang menjadi persoalan di sini..dimana, bagaimana, siapa, adalah persoalan yang mungkin terungkai kepada kita tentang peranan yang kita sebagai seorang muslim lakukan untuk menunjukkan bahawa Islam itu hebat walaupun hakikatnya Islam tetap hebat walaupun tanpa bantuan kita...tapi bagaimana dengan gelaran khalifah yang tersedia kita pegang sejak kita lahir..ape lah ertinya nama pangkat tanpa dijAlankan tanggungjawabnya untuk memperlihatkan kehebatan Islam...apakah caranya..?

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah...namun, dewasa kini, ada sesetengah mereka yang bergelar khalifah secara gelaran dari kecil dan memang juga kahlifah pada dasar pimpinannya seakan-akan cuba menjauhkan terutama sang kafir dari melihat bahawa Islam itu hebat..mengapa yek....ke mereka takut kehilangan jawatannya atau kedudukannya...????

Alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat Allah..berbagai cara mereka lakukan untuk menidakkan sang kafir untuk melihat kehebatan Islam..sungguh tertipula mereka bahawa mereka merasakan bahawa kehebatan Islam itu datang dari tangan-tangan mereka..namun...kita sebagai khalifah yang masih merasakan tanggungjawab marilah kita bina kekuatan dan tunjukkanlah kehebatan Islam itu kepada mereka-mereka yang masih belum merasai kehebatannya..ayuh bangunlah wahai khalifah-khalifah...

Alhamdulillah..mungkin gambar ini mampu memperlihatkan kita-kita semua betapa hebatnya Islam...semoga apa yang kita lakukan mendapat redha dari Allah..amin......

Tuesday, March 31, 2009

Tahniah Isteri anda menemui kematian!!!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

p/s: entri nie ana dapat dari sebuah email, ana postkan entri nie sbb ana rasakan isinya amat2 hebat.

Monday, January 5, 2009

sekadar ingatan untuk diriku sahaja...


saje je la nk letak gambar nie..utk buat ingatan pada diri ana yang cukup2 hina nie...tak tujukan pada sesiapa..hanya utk tatapan diriku ini sendiri...yng cuba untuk meraih cinta tp cinta bukan cinta dari manusia tapi cinta yang datangnya ilahi..jikalau la suatu hari nanti diri ini mencintai seseorang yang bernama manusia biarlah cinta itu disandarkan melalui cinta kepada Allah..amin..