Wednesday, July 2, 2008

Team Bina Insan

ana telah join satu team yang diberi nama Team Bina Insan...Team Bina Insan atau Persatuan Perunding Motivasi Insan, KL ialah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah ditubuhkan pada tahun 2003. Idea asal kewujudan persatuan ini dikeluarkan oleh Ustaz Mohd Asri b Abdullah bersama rakan-rakan. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memfokuskan gerak kerja dakwah dan pembangunan insan dengan lebih bersepadu. Masyarakat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai krisis nilai dan akhlak yang amat serius. Apa yang lebih membimbangkan ialah masyarakat Islam hari ini sedang berhadapan dengan kegawatan akidah yang semakin meruncing. Bayangkanlah sekiranya benteng terakhir umat Islam ini hancur maka pastinya ia adalah kehancuran yang tragis untuk umat Islam keseluruhannya. Menyedari dan menginsafi hakikat ini, Team Bina Insan (TBI) yang merupakan nadi penggerak Persatuan Perunding Motivasi Insan Kuala Lumpur mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama menanggung amanah kenabian bagi membina umat agar terus kukuh di atas paksi kecemerlangan dunia dan akhirat. sebarang pertanyaan atau minat boleh la layari laman web team kami iaitu teambinainsan.com

No comments: