Wednesday, August 6, 2008

Mak!! saya benci mak!!!!!!!!!



Mak!! saya benci mak!!!!!itulah kata-kata yang terhembur dari salah seorang peserta program team ana iaitu team bina insan yang diadakan di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Pelajar itu menyatakan bahawa beliau begitu benci terhadap emaknya….bila di tanya mengapa dia begitu membenci emaknya, beliau menjawab bahawa mak nya sering memarahinya dan tidak habis-habis dengan kerjanya. “kerja-kerja itu je lah yang mak lakukan dan bila pulang ke rumah mak tak habis-habis nak marah saya, itulah tak kena inilah tak kena……bencinya saya, nak lepak-lepak dengan kawan pun tak boleh”, itulah luahan hati beliau dengan nada yang agak keras…..namun sebelum kita pergi jauh dengan kisah ini marilah kita berfikir sejenak berapa ribu harta emak kita telah kita habiskan….mari kita perhitungkan….

  • Belanja sekolah: rm 5 sehari × 30 hari sebulan × 12 bulan setahun × umur kita (kira-kira 20 tahun) = rm 36000

  • Duit makan kita sehari: rm 10 sehari × 30 hari sebulan × 12 bulan × umur kita (kira-kira 20 tahun) = rm 79200

  • Duit baju raya kita setiap tahun: sepasang rm 70 × 2 pasang setahun × umur kita (kira-kira 20 tahun) = rm2800

  • Duit pampers kita: sebulan rm 70 × 12 bulan × 5 tahun = rm 4200

  • Duit susu kita: sebulan rm 50 × 12 bulan × 3 tahun=rm 1800

  • Yuran sekolah kita: setahun rm 100 × 11 tahun = rm 1100

  • Keseluruhan = rm 125, 100.00

Persoalannya disini…mak ayah kita penat bekerja siang dan malam sebenarnya untuk siapa?????dengan jumlah sebanyak itu mak dan ayah kita sudah mampu untuk membeli sebiji kereta tetapi duit itu digunakan untuk siapa?????bagaimana pula dengan perbelanjaan adik beradik kita yang lain……mak ayah kita sudah pasti boleh menjadi jutawan tanpa kita…..ana juga ingin bertanya di sini SIAPA SEBENARNYA BOS DAN SIAPA SEBENARNYA KULI….kita bos atau kita kuli, mak ayah kita bos atau mak ayah kita kuli kepada kita….jawapan yang sebenarnya kita telah mengkulikan mak dan ayah kita….mak ayah kuli kepada kita….mak ayah kita dimaki dan diherdik di tempat kerjanya…. namun apa yang telah kita berikan kepada mak dan ayah kita adakah kita memberikan mereka wang pada setiap bulan?????mampukah kita…..namun, itu bukan apa yang mereka mahukan daripada kita, mereka hanya mahu melihat kejayaan daripada kita, tetapi adakah kita telah berikan kejayaan kepada mereka????? Adakah kita mendapat keseluruhan A dalam UPSR kita, PMR kita dan bagaimana pula dengan SPM kita??????adakah kita menjejakan kaki kita ke menara gading…..adakah kita telah berikan ini semua pada mereka……mampukahkita???????

Ana juga ingin pergi pada persoalan seterusnya…….persoalannya adalah berkisar tentang hadiah……apakah hadiah yang terbaik yang pernah kita berikan kepada ibu kita, biarlah ana menggunakan istilah ibu di sini untuk mengambarkan tentang kelembutannya sang ibu itu….ada yang menyatakan pernah memberikan ibunya tudung, ada yang menyatakan pernah memberikan ibunya jam tangan, jubah, pinggan mangkuk dan lain-lain….namun, pada hakikatnya adakah hadiah itu mencukupi???? dan ana juga ingin bertanya bila kita sering berikan hadiah ini pada ibu kita???pada hari lahirnya kah???namun, apakah kita benar-benar mengingati hari lahirnya tanpa bantuan reminder dalam henset kita?????? Mari kita ubah pula persoalan di sini…ana ingin bertanya tentang apakah hadiah yang terbaik yang pernah ibu kita berikan pada kita…ada yang menjawab PS2, jam tangan, baju, motor, dan ada juga yang dapat hadiah berbentuk sebuah percutian….namun, ada juga dengan nada sedihnya menjawab sepanjang hidup mereka dia tidak pernah mendapat apa-apa hadiah dari ibunya…..namunnnnnnnnnn……persoalan di sini kita sebenarnya telah lupa bahawa hadiah yang terbaik yang pernah ibu kita berikan pada kita, hadiah yang tiada nilainya iaitu hadiah sebuah KELAHIRAN….bagaimana pengorbanan ibu kita bertarung nyawa untuk melahirkan kita……pernahkan kita mengucapkan terima kasih atas kelahiran yang ibu kita telah berikan pada kita ini…….fikir-fikirkan la…..dan lihatlah video di bawah untuk memahami betapa besarnya pengorbanan ibu kita untuk melahirkan kita…….wassalam…..

mak saya cintakan mak!!!!!!!!!!!!


7 comments:

affanazami said...

this is inspiring..
how u get the calculation anyway

asasLP said...

hehehehehe....tq2 i get it when attend to that programe....by the it is the real thing happen to us...

Faizal said...

bagus entri..mmg itu realitinya..anak2 cpat memberontak kalau ditegur oleh mak ayah..kononnya atas kapasiti dah dewasa n dah bleh tentukan jln hidup sendiri..tp x pernah terpikir mcm mna nak wat mak ayah rasa bahagia n x pernah terlintas nak balas jasa mak ayah..walaupun apa pun yang kita wat mmg x akan dapat balas jasa mak ayah kita tp sekurang2nya kita kenang n hargai segala jasa n pengorbanan mak ayah. I LOVE MY MOM N MY DAD!!! SO MUCH.

asasLP said...

insyaallah sesama la kita cba tlg perbetulkan apa yg dh menyimpang k....

asasLP said...

insyaallah sesama la kita cba tlg perbetulkan apa yg dh menyimpang k....

asasLP said...
This comment has been removed by the author.
mama&dia said...

mungkin anda tak duduk dalam situasi dia. anda tidak mengerti apa yang dirasa. anda semua hanya menghuraikan pengorbanan mak je.. adil ke mcm tu.
saya tak setuju mesti ada sesuatu sebab yang harus kita semua ambil peduli kerana penting untuk kita memahami situasia anak tersebut, jangan hanya nak mengenang pergorbanan ibu dan berapa banyak ibu dah belanja untuk anak, itu tanggungjawab ibu & bapa. kalau tak nak jadi ibu tak perlulah mengandung kan...
saya cakap melalui pengalaman saya dan saya juga seorang ibu. besar kesabaran yang harus ibu tanggung bukan setakat pengorbanan dan duit belanja je. harap paham