Monday, August 8, 2011

I Believe

Oh God, give me the strength because I believe today is the date.

Oh God, I believed this is the date for changes..

Oh God, I believed this is the point for me to change the world..

Oh God, I really believed....

Amin....

Wednesday, April 15, 2009

Hebatnya Islam nie...Alhamdulillah


Alhamdulillah...mungkin itu suara yang pasti akan terkeluar dari tekak-tekak mereka-mereka yang merasakan hebatnya Islam ini..bagaimana sang kafir yang tidak mengenali Islam tetarik dengan kehebatan Islam..ada nur dalam Islam..mungkin sebagai hamba yang tidak suci dari kebaikan dan sering bernaung di bawah lembah kedosaan apalah ertinya utk kita menyatakan tentang kehebatan Islam..Islam tetap hebat walaupun tanpa kita yang hina ini untuk membantu memperhebatkannya...

Alhamdulillah..mungkin satu ucapan syukur kehadrat Allah..namun, apa yang menjadi persoalan di sini..dimana, bagaimana, siapa, adalah persoalan yang mungkin terungkai kepada kita tentang peranan yang kita sebagai seorang muslim lakukan untuk menunjukkan bahawa Islam itu hebat walaupun hakikatnya Islam tetap hebat walaupun tanpa bantuan kita...tapi bagaimana dengan gelaran khalifah yang tersedia kita pegang sejak kita lahir..ape lah ertinya nama pangkat tanpa dijAlankan tanggungjawabnya untuk memperlihatkan kehebatan Islam...apakah caranya..?

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah...namun, dewasa kini, ada sesetengah mereka yang bergelar khalifah secara gelaran dari kecil dan memang juga kahlifah pada dasar pimpinannya seakan-akan cuba menjauhkan terutama sang kafir dari melihat bahawa Islam itu hebat..mengapa yek....ke mereka takut kehilangan jawatannya atau kedudukannya...????

Alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat Allah..berbagai cara mereka lakukan untuk menidakkan sang kafir untuk melihat kehebatan Islam..sungguh tertipula mereka bahawa mereka merasakan bahawa kehebatan Islam itu datang dari tangan-tangan mereka..namun...kita sebagai khalifah yang masih merasakan tanggungjawab marilah kita bina kekuatan dan tunjukkanlah kehebatan Islam itu kepada mereka-mereka yang masih belum merasai kehebatannya..ayuh bangunlah wahai khalifah-khalifah...

Alhamdulillah..mungkin gambar ini mampu memperlihatkan kita-kita semua betapa hebatnya Islam...semoga apa yang kita lakukan mendapat redha dari Allah..amin......

Tuesday, March 31, 2009

Tahniah Isteri anda menemui kematian!!!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

p/s: entri nie ana dapat dari sebuah email, ana postkan entri nie sbb ana rasakan isinya amat2 hebat.

Monday, January 5, 2009

sekadar ingatan untuk diriku sahaja...


saje je la nk letak gambar nie..utk buat ingatan pada diri ana yang cukup2 hina nie...tak tujukan pada sesiapa..hanya utk tatapan diriku ini sendiri...yng cuba untuk meraih cinta tp cinta bukan cinta dari manusia tapi cinta yang datangnya ilahi..jikalau la suatu hari nanti diri ini mencintai seseorang yang bernama manusia biarlah cinta itu disandarkan melalui cinta kepada Allah..amin..

Friday, December 5, 2008

Hak ku milikmu

Bila membicarakan mengenai hak seseorang itu..macam-macam tanggapan yang mungkin menjadi ungkaian setiap minda-minda yang mampu menafsir tentang sesuatu yang mungkin menjadi hak-hak seseorang itu..hak-hak seseorang itu mungkin merujuk dari segi kebendaan atau sebaliknya..dalam arus kemodenan yang melanda dunia kini..pelbagai jenis peluang-peluang yang muncul dan mampu menjadikan setiap insan yang berjiwa manusia itu untuk mendapatkan kelebihan malah mendapat keuntungan daripada peluang-peluang yang wujud itu..walaupun peluang itu wujud secara samarata namun masih terdapat jurang yang membezakan di antara insan-insan untuk mendapatkan peluang itu..

Rezeki..ungkapan mudah untuk menjelaskan tentang peluang-peluang yang mesti direbut lantas memilikinya untuk mendapatkan kesenangan dalam menempuh kehidupan di dunia yang penuh rencah ini..rezeki..satu pemberian Allah yang sangat bernilai dan amat-amat berharga yang menjadikan hidup insan itu bermakna..ungkapan ‘lain manusia lain rezeki’ sering diungkapkan oleh setiap insan yang dapat menunjukkan betapa luasnya rezeki yang Allah telah kurniakan melalui rahmatnya..

Syukur..satu ungkapan yang mungkin ada kaitannya dengan rezeki..mungkin ada pelbagai cara seseorang itu mensyukuri nikmat rezeki yang Allah telah berikan, namun..persoalannya bagaimana cara kita mensyukuri rezeki itu…hak ku milikmu..ungkapan yang agak sedikit mengelirukan..hak ku milikmu..satu ungkapan yang mungkin senada dengan lagu-lagu yang mungkin menjadi siulan artis-artis yang sering mensyukuri nikmat rezeki yang mereka perolehi..ungkapan hak ku milik mu ini mungkin berkaitan dengan hak seseorang itu mungkin juga menjadi hak orang lain…biarlah ungkapan ini akan terungkai sendirinya..mungkin ia akan terkait akhirnya..

Zakat..apa sebenarnya yang merangkumi dalam erti zakat itu.. Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Syarat wajib zakat pula adalah Islam, Merdeka, Milik sempurna, Cukup nisab, Cukup haul (genap setahun hijriah) dan Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja) manakala, jenis Zakat pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Zakat fitrah dan Zakat harta. Zakat fitrah merujuk kepada pembayaran zakat fitrah yang dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):

(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.

Manakala dari surah An-Nisaa’, ayat ke-95, (4:95):

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

Bagi golongan yang layak menerima zakat pula, zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:

  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

Terdapat beberapa faedah zakat, iaitu faedah diniyah (Agama), faedah Khuluqiyah (Akhlak) dan faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarkatan).

Faedah diniyah (Agama)

  1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
  2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
  3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
  4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.

Faedah Khuluqiyah (Akhlak)

  1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
  2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
  3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
  4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.

Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)

  1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
  2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
  3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan skasih kasih antara si kaya dan si miskin.
  4. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
  5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
  6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.

Setiap perintah Allah itu pasti tersirat hikmahnya. Hikmah dari zakat antara lain:

  1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  6. Untuk pengembangan upaya umat
  7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

Namun..apa kaitan yek hak ku milikmu dengan penjelasan mengenai zakat nie yek..mungkin ramai orang tak sedar dalam rezeki yang diperolehi setiap hari nie rupa-rupanya ia juga adalah milik orang lain..walaupun setiap peluang itu mesti direbut oleh setiap insan tetapi jangan kita lupa setiap insan itu dikurniakan oleh Allah dengan kebolehan dan juga mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Maka wujudlah insan-insan yang dikenali sebagai insan istimewa atau insan kurang upaya. Insan-insan ini mungkin menghadapi kesukaran dalam merebut peluang-peluang yang telah tersedia..di sini lah kita dapat lihat tentang hikmahnya dengan berzakat..dengan berzakat maka kemiskinan akan menjadi sifar dan rezeki dalam bentuk kekayaan dapat dikongsi bersama..

Sesungguhnya sesuatu perintah Allah itu tersirat dengan pelbagai hikmah..dengan berzakat yakin dan percayalah bahawa keamanan dan kemakmuran akan menyelubungi seluruh umat manusia terutama bagi masyarkat yang menganuti Islam sebagai agama yang menjadi panduan dalam kehidupan..dengan mengeluarkan zakat ia merupakan salah satu cara untuk seseorang insan yang percaya akan kewujudan Allah untuk mensyukuri nikmatnya..maka dengan berzakat insan itu akan mensyukuri segala nikmat rezeki yang telah Allah berikan..dengan bersyukur percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan rezeki yang diperolehi malah ia akan mencukupkan lagi rezeki yang kita perolehi..maka fikir-fikir dan renungkanlah betapa pentingnya berzakat…